This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday 19 December 2017

Tutorial Letak Facebook Like Badge Masa Blog Dibuka

Facebook dan blogger adalah kombinasi yang agak bagus. Dengan adanya facebook page, blogger dapat berinteraksi dengan pengunjung. Salah satu penggunaan yang cool adalah dengan meletakkan facebook like badge semasa blog anda dibuka.

Secara tidak langsung dapat menggalakkan pengunjung blog anda untuk pada masa yang sama 'like' pada page anda.

Contoh seperti dibawah

Anda juga boleh melihat demo di test blog ini.

Tutorial letak facebook like badge semasa blog dibuka seperti dibawah.

1. Dari dashboard > design > edit HTML

2. Backup template blog sebagai langkah berjaga²

3. Dengan menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod <body>
3.1 Jika anda tidak jumpa code <body>, cari kod ini 
<body expr:class='&quot;loading&quot; + data:blog.mobileClass'>

4. Copy dan paste code di bawah selepas kod yang anda jumpa di langkah 3 atau 3.1

<!-- KakiNetwork.Com Likebox Pro FBFan Code Start -->
<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
KNFBFansPRO='OhBest'
//]]>
</script>
<link href='https://kakinetwork.com/sources/fbfans-pro/kakinetwork.css' rel='stylesheet' type='text/css'/>
<script src='https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/jquery.js' type='text/javascript'/>
<script src='https://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1' type='text/javascript'/>
<script src='https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/kakinetwork.js' type='text/javascript'/>
<script language='javascript'>
//<![CDATA[
$(document).ready(function(){
$().KNFBFansPRO({
timeout: 15,
wait: 0,
url: 'http://www.facebook.com/OhBest',
closeable: true,
});
});
//]]>
</script>
<div id='fbtpdiv'/>
<!-- KakiNetwork.Com Likebox Pro FBFan Code End -->

Contoh:





NOTA: 
i) Gantikan 'OhBest' pada row KNFBFansPRO='OhBest' dengan nama yang anda mahu.
ii)Gantikan '15' pada row 'timeout: 15,' dengan masa paparan yang anda mahu semasa blog dibuka
iii) Gantikan dengan url page anda pada row url: 'http://www.facebook.com/OhBest',

5. Save dah lihat hasilnya.:)

Cara Pasang Penyangkut (Hook) Untuk Kipas Siling

Sebelum melakukan sebarang pemasangan penuh untuk kipas siling, perkara asas yang paling penting ialah, bagaimana kipas siling tersebut digantung.?. Ini kerana kebanyakan orang (yang tidak biasa melakukan pemasangan) akan beranggapan bahawa penyangkut untuk kipas siling datang bersama dengan set kipas yang dibeli. Tidak. Penyangkut (hook) perlu dibeli secara berasingan. Kecuali kalau rumah yang baru dibeli yang sudah disediakan tempat untuk menyangkut kipas.

Update: Bagi yang sudah ada hook, dan ingin terus mengetahui cara pasang kipas siling, boleh rujuk tutorial terbaru ini, ►Tutorial Cara Pasang Sendiri (DIY) Kipas Siling 

sumber gambar: westinghouselighting.

Sebelum admin meneruskan untuk tutorial ini iaitu bagaimana untuk pasang penyangkut untuk kipas siling, eloklah jika admin maklumkan terlebih dahulu, untuk pemasangan lengkap kipas siling, terdapat 3 asas utama iaitu.

a) Pemasangan penyangkut kipas
b) Pemasangan kipas ( motor + bilah)
c) Pemasangan pengubah kelajuan ( regulator) untuk kipas biasa ( tidak guna remote control).

Jadi, untuk kali ini admin akan tunjukkan jenis penyangkut dan cara pemasangan.

Jenis Penyangkut Kipas.

Di pasaran Malaysia, terdapat beberapa jenis penyangkut yang boleh digunakan untuk menyangkut kipas siling ini. Ada yang separuh bulatan, ada bulatan penuh dan ada yang untuk digantung pada alang(kayu/besi). Kebiasaannya jenis penyangkut bergantung kepada jenis permukaan yang hendak dilekatkan.

sumber gambar: hussinmamat

contoh:
penyangkut 1 untuk alang kayu/besi
penyangkut 2 untuk permukaan/alang kayu, juga untuk penyangkut dua ada jenis yan tiada screw tu, boleh pakai untuk kayu atau batu
penyangkut 3 untuk kayu atau batu yang ditebuk.

Oleh itu, sebenarnya asalkan penyangkut kebiasaannya memang boleh digunakan untuk sangkut kipas, cuma perlu perhatikan jenis permukaan yang hendak disangkut. Contoh² penyangkut jenis lain.



Langkah-langkah pemasangan penyangkut kipas siling.

1. Kenalpasti tempat yang hendak digantung, dengan penyangkut yang dibeli, tandakan dengan pen lubang yang hendak ditebuk (jika pada simen/batuan), untuk kayu cuma tandakan untuk pastikan apabila pasang penyangkut tidak salah kedudukan.

sumber gambar : nafira

2. Tebuk lubang pada tempat yang telah ditanda di siling (simen), dan pastikan menggunakan bolt yang dikhaskan untuk simen. Jangan sesekali menggunakan wall plug kerana ianya memang tidak sesuai untuk gantung kipas.

sumber gambar : http://www.mmo-champion.com

2.1 Untuk pada permukaan kayu, boleh gunakan samada paku atau screw kayu. Tetapi sangat digalakkan menggunakan screw kayu untuk memudahkan pemasangan dan lebih kukuh. Gunakan screw paling kurang 2inci atau lebih kurang 5cm. Lebih panjang lebih bagus.

sumber gambar : trendindia

3. Pasangan penyangkut bersama screw pada lubang/tanda yang sedia ada. Pastikan screw diketatkan dengan secukupnya.


4. Contoh pemasangan penyangkut kipas yang telah siap.




Untuk entri seterusnya, admin akan tunjukkan pula bagaimana untuk pasang komponen kipas siling dan sangkut pada penyangkut yang telah disediakan ini.

p/s: 'pinjam' gambar orang dulu untuk tutorial ini, sebab admin hanya ambil gambar untuk pasang kipas dan regulator. terlupa ambil gambar untuk pasang hook.:)

Tutorial Cara Pasang Sendiri (DIY) Kipas Siling

Dalam entri sebelum ini berkaitan kipas siling, sudah diterangkan tutorial cara untuk memasang penggantung (hook) kipas. Tutorial kali ini pula akan menerangkan langkah kedua iaitu bagaimana untuk pasang kipas siling.Ia akan merangkumi pemasangan komponen, bilah kipas, penutup, kemasan skrew dan penggantungan kipas.

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, terdapat 3 langkah utama dalam pemasangan kipas.

a) Pemasangan penyangkut kipas
b) Pemasangan kipas ( motor + bilah)
c) Pemasangan pengubah kelajuan ( regulator) untuk kipas biasa ( tidak guna remote control).

Tutorial cara memasang kipas siling sendiri seperti berikut:

1.0 Komponen kipas.
1.1 Kenalpasti komponen kipas yang disediakan. Pastikan terdapat barang-barang berikut dari kedai yang anda beli.


2. Pasangkan tangkai (rod) pada sambungan di motor kipas. 
2.1 Buka bolt, nut, washer pada rod untuk membolehkan dipasang pada sambungan. Dan juga terdapat beberapa jenis kipas di pasaran, ada yang mempunyai 'suis keselamatan' ada yang tiada suis keselamatan.


2.2 Pastikan pemasangan tangkai pada sambungan adalah betul jika kipas jenis yang mempunyai suis keselamatan. Jika tidak dipasangan dengan betul, kipas tidak akan berfungsi. ( Suis keselamatan berfungi mengalirkan arus 'Live'). Jika kipas jenis tiada suis keselamatan ini, boleh masukkan terus rod pada sambungan.


2.3 Pemasangan rod pada sambungan yang betul adalah seperti berikut. Pastikan kesemua bolt, nut, dan washer dipasangan dengan betul.

3.0 Pemasangan Bilah Kipas
► Untuk bahagian ini terdapat 2 cara yang boleh buat. Samada pasang bilah pada kipas dahulu kemudian baru gantung, atau gantung kipas dahulu kemudian baru pasang bilah. Saya suka pasang bilah dahulu.

3.1 Buka screw pada badan kipas, dan pasangan bilah. Pastikan apabila screw diketatkan, washer ada disertakan bersama.


3.2 Contoh siap dipasang bilah.


4.0 Wiring.
4.1 Pasangkan wayar dengan betul pada sambungan rod dan badan kipas. Pastikan pemasangan adalah betul dan sila rujuk buku panduan jika anda tidak pasti. Tiga wayar utama ialah 'bumi (earth)', 'neutral' dan 'hidup(live)'. Agak sukar untuk saya bagitahu secara spesifik wayar apa mewakili warna apa, ini kerana terdapat perbezaan antara pengeluar, pembuat wiring rumah. Baca sini untuk lanjut.
4.2 Biasa saya akan cuba sendiri menggunakan 'test pen' untuk menentukan wire 'live'. Rujuk kepada manual dan orang yang lebih arif tentang elektrik adalah digalakkan.


5.0 Safety
5.1 Pasangkan tali keselamatan dan penutup alatan elektrik. 
Tips untuk pasang cover : jangan terlalu rapat dengan tapak atau bahasa mudahnya jangan ada sentuhan pada badan kipas. Jika tidak akan mengeluarkan bunyi bergesel apabila kipas di pasang.


6.0 Penggantungan kipas dan kemasan
6.1 Masukkan getah pada hook dan juga besi penyangkut. Terdapat beberapa jenis besi penyangkut berdasarkan pengeluar kipas.Gantungkan rod kipas pada besi penyangkut.
6.2 Seperti yang dinyatakan pada langkah 4.0, wiring adalah sedikit berbeza bergantung kepada pengeluar dan pembuat wiring rumah. Dapatkan tunjuk ajar dari yang arif jika tidak pasti.
6.3 Selepas selesai membuat sambungan elektrik, pasangkan tali keselamatan dan juga penutup bahagian atas.


7.0. Selesai

Tugas anda untuk memasang kipas sudah selesai. 
►Bagi yang menggunakan kipas tanpa remote control (auto), kerja anda sudah selesai dan sudah boleh mula menggunakan kipas anda.
►Jika, bagi yang sebelum ini menggunakan kipas manual, tetapi hanya kipas sahaja yang rosak, juga boleh terus menggunakan kipas ini. Tidak perlu untuk menukar regulator(pelaras kelajuan) walaupun requlator dari brand lain.
► Jika, ini kali pertama anda memasang kipas manual untuk rumah anda, atau requlator kipas anda rosak, nantikan tutorial akan datang untuk bagaimana cara memasang regular / pelaras kelajuan kipas.


p/s: Rasa tutorial ini berguna dan membantu.? 
Share kepada rakan² juga..:)