Friday, 18 January 2013

Root , Kernel & Custom ROM Di Android


Pada hari ini , saya akan memberi maksud kepada Kernel , Root & Custom ROM yang terdapat pada Android , 

CUSTOM ROM

Sebenarnya orang sering bercakap tentang custom rom , pada pendapat saya perkara sebegini sedikit memeningkan . maksud ROM ialah = Read Only Memory. Data-data yang ada di read only memory itu merupakan data-data sistem operasi. Jadi ketika orang bercakap tentang custom rom, sebenarnya itu merupakan modified os untuk Android yang telah diedit oleh freelance developer . Kenapa Perkara ini boleh terjadi ? ini disebabkan kerana android itu open source. sehinggakan setiap individu yang mempunyai android dapat mengubah sistem operasi android itu dengan sendiri.

ROOT

Kali ini kita beralih pula kepada Root. Root itu dapat kita labelkan sebagai mendapat hak akses tertinggi di dalam sistem android. Sama seperti  di windows, andaikan anda hanya sebagai Guest, belum jadi administrator. So untuk apa kita melakukan  root untuk mendapatkan hak akses tertinggi? Okay contohnya macam ni , andai kita ada computer baru dan baru install windows , kita dapat masuk ke windows hanya sebagai guest , dan apa yang korang boleh buat kalau macam tu ? macam tu jugaklah rasa kalau android tidak di root . banyak application yang penting seperti titanium backup untuk membackup data, shoot me & drocap untuk print screen , setCPU untuk mengatur clock cpu dan application lain tak dapat run . mesti rasa panas kan ? padahal Android ini open source. jadi kalau Android tidak di root, itu rasa macam bukan android je , elok buang kalau macam tu :P


KERNEL

Untuk kernel pulak, kernel itu menjadi jantung dalam system operasi . operasi-operasi yang dijalankan oleh os,  diproses oleh kernel. kernel di android juga bisa ubah dan tentunya akan membawa keuntungan bagi sistem operasi atau custom rom itu sendiri. biasanya, orang yang mendevelop kernel itu menyesuaikan dengan custom rom nya. kita tidak boleh sesuka hati membabi buta mengganti kernel kita dengan kernel lain yang tidak digalakkan oleh pembuat custom rom. Sewaktu kita memflashing custom rom pada android kita, di dalam custom rom itu sendiri sebenarnya sudah terdapat kernel. dan sometime kernel itu sendiri telah dimodifikasi. namun tidak semua phone menyediakan custom kernel. ada beberapa phone, yang bootloadernya telah dikunci oleh tokey phone :P haha , kita hanya dapat menukar OS nya sahaja, tanpa dapat mengganti kernelnya.

FLASH OS & KERNEL
Flashing os & kernel merupakan suatu cara memasukkan data sistem operasi atau menginstall sistem operasi & kernel di dalam  android kita. pertama kita masuk recovery mode. selepas itu kita wipe kesemua data sistem operasi yang lama. kita delete cache memory dari sistem operasi yang lama. So kita buat full wipe. setelah itu baru kita install os baru  / custom rom. Di dalam clockworkmod recovery, semuanya telah tersedia. kita tinggal menggunakan je.installation os itu yang dimaksud sebagai flashing.jadi kalau korang semua mendengar perkataan flashing, sebenarnya ialah installation, tetapi dilakukan melalui recovery mode

Sekian sahaja dari saya pada kali ini , :)

0 comments:

Post a Comment