Wednesday, 13 February 2013

Kenali USB & Jenisnya

 
USB atau nama penuhnya Universal Serial Bus. USB
dibangunkan pada pertengahan 1990-an. USB direka bentuk untuk
menyeragamkan semua peralatan yang disambungkan pada sesebuah komputer
seperti papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse), kamera digital,
telefon dan lain-lain. Sebagai contoh jika dahulu beberapa perkakasan
komputer menggunakan port jenis PS/2 dan kini ianya telah diseragamkan
bagi menjimatkan ruang. Pembangunan USB ini bermula apabila 7 syarikat
iaitu Compaq, DEC, IBM, Intel, Microsoft, NEC dan Nortel yang bertujuan
untuk menyeragamkan kesemua sambungan peranti kepada komputer. Dan
sehingga hari ini terdapat 3 versi USB iaitu USB 1.0, USB 2.0, dan USB
3.0.
[Image: Ps-2-ports.jpg?resize=400%2C150]
Contoh Port PS/2
USB 1.0


[Image: usb.png?resize=374%2C126]

USB 1.0 diperkenalkan pada Januari 1996. Pada versi ini, kadar permindahan data
sebanyak 1.5 MBit/s untuk kelajuan rendah (Low Speed) dan
12Mbit/s untuk kelajuan tinggi (Full Speed).
Untuk versi ini ianya agak terhad dan terbatas. Akhirnya pada September
1998
, USB 1.1 diperkenalkan secara meluas dan telah dapat mengatasi
masalah yang terdapat pada versi sebelum ini. Untuk versi kelajuan
tinggi, ianya digunakan untuk peranti berkelajuan tinggi seperti pemacu
cakera keras (Hard Disk Drive), dan kelajuan rendah untuk
peranti seperti joystick. Dan bermula dari saat ini, tujuan
menyeragamkan untuk sambungan perkakasan komputer telah hampir
sepenuhnya berjaya.

USB 2.0
[Image: usb2.0.jpg?resize=400%2C187]

Selepas hampir 2 tahun iaitu pada April 2000, Hewlett-Packard, Intel,
Lucent Technologies (now Alcatel-Lucent), NEC dan Philips bersama
mengetuai inisiatif untuk membangunkan USB yang mempunyai kadar
permindahan data lebih tinggi. Untuk versi 2.0, mereka berjaya
meningkatkan sehingga 40 kali ganda kadar pemindahan data berbanding
versi USB 1.1. Untuk versi 2.0, ianya mencapai kadar pemindahan data
sebanyak 480Mbit/s atau 60MB/s
. USB 2.0 terus berkembang pada Disember
2006
kerana berjaya berhubung dari satu peranti kepada peranti lain
tanpa menggunakan host utama dan ianya dikenali sebagai USB On-The Go.
Pada tahun berikutnya (Mac 2007) USB 2.0 memperkenalkan fungsi yang amat
berguna dengan membolehkan proses pengecasan berlaku. Dan pada saat
inilah kabel sambungan mikro-USB diperkenalkan. Dan semakan terakhir
untuk versi USB 2.0 dilepaskan pada Disember 2010 dan menetapkan kuasa
sebanyak 1.5A pada port pengecas untuk peranti yang tidak
dikonfigurasikan, membenarkan sambungan kelajuan tinggi disamping
mempunyai nilai arus sebanyak 1.5A dan kadar arus maksimum sebanyak
5.0A
.

USB 3.0
[Image: usb3.0.png?resize=400%2C210]

USB 3.0 telah diperkenalkan sejak
November 2008
. Spesifikasi ini membenarkan kadar pemindahan data pada
kadar maksimum iaitu sehingga 5Gbit/s atau 635MB/s)
. Dengan kadar
pemindahan data itu, ianya mengurangkan tempoh penghantaran data dan
penggunaan kuasa. Untuk versi 3.0 ini, ianya dikenali sebagai
SuperSpeed”. Port untuk USB 3.0 kelihatan sama seperti port USB 2.0,
tetapi untuk versi 3.0 ianya menggunakan 9 pin berbeza dengan versi 2.0
yang hanya menggunakan 4 pin
. USB 3.0 dapat beroperasi dalam mode
full-duplex (USB 2.0 – half-duplex), dimana proses memuat naik data dan
memuat turun data dapat dilakukan serentak tanpa merendahkan kadar
pemindahan data. Pada permulaannya, Intel dan Apple tidak menggunakan
USB 3.0 ini sehingga tahun 2011 dan akhirnya apabila 2 syarikat besar
ini menggunakan USB 3.0 pada peranti mereka ianya telah berkembang
dipasaran hingga ke hari ini.
Untuk maklumat semua, USB 3.0 masih
boleh digunakan pada port 2.0 dan vice versa tetapi kadar pemindahannya
terhad. Selain dari itu, penggunaan USB 3.0 mempunyai masalah pada
driver
dan Windows 7 yang secara amnya tidak menyokong USB 3.0. Tetapi,
untuk versi Windows 8 ianya menyokong USB 3.0 sepenuhnya. Jadi disini
aku sarankan pada mereka yang mahu membeli laptop/peranti komputer,
pastikan ianya berkemampuan menyokong USB 3.0 kerana satu hari nanti
ianya akan digunakan secara meluas.

0 comments:

Post a Comment