Tuesday 19 December 2017

Cara Pasang Penyangkut (Hook) Untuk Kipas Siling

Sebelum melakukan sebarang pemasangan penuh untuk kipas siling, perkara asas yang paling penting ialah, bagaimana kipas siling tersebut digantung.?. Ini kerana kebanyakan orang (yang tidak biasa melakukan pemasangan) akan beranggapan bahawa penyangkut untuk kipas siling datang bersama dengan set kipas yang dibeli. Tidak. Penyangkut (hook) perlu dibeli secara berasingan. Kecuali kalau rumah yang baru dibeli yang sudah disediakan tempat untuk menyangkut kipas.

Update: Bagi yang sudah ada hook, dan ingin terus mengetahui cara pasang kipas siling, boleh rujuk tutorial terbaru ini, ►Tutorial Cara Pasang Sendiri (DIY) Kipas Siling 

sumber gambar: westinghouselighting.

Sebelum admin meneruskan untuk tutorial ini iaitu bagaimana untuk pasang penyangkut untuk kipas siling, eloklah jika admin maklumkan terlebih dahulu, untuk pemasangan lengkap kipas siling, terdapat 3 asas utama iaitu.

a) Pemasangan penyangkut kipas
b) Pemasangan kipas ( motor + bilah)
c) Pemasangan pengubah kelajuan ( regulator) untuk kipas biasa ( tidak guna remote control).

Jadi, untuk kali ini admin akan tunjukkan jenis penyangkut dan cara pemasangan.

Jenis Penyangkut Kipas.

Di pasaran Malaysia, terdapat beberapa jenis penyangkut yang boleh digunakan untuk menyangkut kipas siling ini. Ada yang separuh bulatan, ada bulatan penuh dan ada yang untuk digantung pada alang(kayu/besi). Kebiasaannya jenis penyangkut bergantung kepada jenis permukaan yang hendak dilekatkan.

sumber gambar: hussinmamat

contoh:
penyangkut 1 untuk alang kayu/besi
penyangkut 2 untuk permukaan/alang kayu, juga untuk penyangkut dua ada jenis yan tiada screw tu, boleh pakai untuk kayu atau batu
penyangkut 3 untuk kayu atau batu yang ditebuk.

Oleh itu, sebenarnya asalkan penyangkut kebiasaannya memang boleh digunakan untuk sangkut kipas, cuma perlu perhatikan jenis permukaan yang hendak disangkut. Contoh² penyangkut jenis lain.



Langkah-langkah pemasangan penyangkut kipas siling.

1. Kenalpasti tempat yang hendak digantung, dengan penyangkut yang dibeli, tandakan dengan pen lubang yang hendak ditebuk (jika pada simen/batuan), untuk kayu cuma tandakan untuk pastikan apabila pasang penyangkut tidak salah kedudukan.

sumber gambar : nafira

2. Tebuk lubang pada tempat yang telah ditanda di siling (simen), dan pastikan menggunakan bolt yang dikhaskan untuk simen. Jangan sesekali menggunakan wall plug kerana ianya memang tidak sesuai untuk gantung kipas.

sumber gambar : http://www.mmo-champion.com

2.1 Untuk pada permukaan kayu, boleh gunakan samada paku atau screw kayu. Tetapi sangat digalakkan menggunakan screw kayu untuk memudahkan pemasangan dan lebih kukuh. Gunakan screw paling kurang 2inci atau lebih kurang 5cm. Lebih panjang lebih bagus.

sumber gambar : trendindia

3. Pasangan penyangkut bersama screw pada lubang/tanda yang sedia ada. Pastikan screw diketatkan dengan secukupnya.


4. Contoh pemasangan penyangkut kipas yang telah siap.




Untuk entri seterusnya, admin akan tunjukkan pula bagaimana untuk pasang komponen kipas siling dan sangkut pada penyangkut yang telah disediakan ini.

p/s: 'pinjam' gambar orang dulu untuk tutorial ini, sebab admin hanya ambil gambar untuk pasang kipas dan regulator. terlupa ambil gambar untuk pasang hook.:)

0 comments:

Post a Comment