Tuesday 19 December 2017

Tutorial Cara Pasang Sendiri (DIY) Kipas Siling

Dalam entri sebelum ini berkaitan kipas siling, sudah diterangkan tutorial cara untuk memasang penggantung (hook) kipas. Tutorial kali ini pula akan menerangkan langkah kedua iaitu bagaimana untuk pasang kipas siling.Ia akan merangkumi pemasangan komponen, bilah kipas, penutup, kemasan skrew dan penggantungan kipas.


Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, terdapat 3 langkah utama dalam pemasangan kipas.

a) Pemasangan penyangkut kipas
b) Pemasangan kipas ( motor + bilah)
c) Pemasangan pengubah kelajuan ( regulator) untuk kipas biasa ( tidak guna remote control).

Tutorial cara memasang kipas siling sendiri seperti berikut:

1.0 Komponen kipas.
1.1 Kenalpasti komponen kipas yang disediakan. Pastikan terdapat barang-barang berikut dari kedai yang anda beli.


2. Pasangkan tangkai (rod) pada sambungan di motor kipas. 
2.1 Buka bolt, nut, washer pada rod untuk membolehkan dipasang pada sambungan. Dan juga terdapat beberapa jenis kipas di pasaran, ada yang mempunyai 'suis keselamatan' ada yang tiada suis keselamatan.


2.2 Pastikan pemasangan tangkai pada sambungan adalah betul jika kipas jenis yang mempunyai suis keselamatan. Jika tidak dipasangan dengan betul, kipas tidak akan berfungsi. ( Suis keselamatan berfungi mengalirkan arus 'Live'). Jika kipas jenis tiada suis keselamatan ini, boleh masukkan terus rod pada sambungan.


2.3 Pemasangan rod pada sambungan yang betul adalah seperti berikut. Pastikan kesemua bolt, nut, dan washer dipasangan dengan betul.

3.0 Pemasangan Bilah Kipas
► Untuk bahagian ini terdapat 2 cara yang boleh buat. Samada pasang bilah pada kipas dahulu kemudian baru gantung, atau gantung kipas dahulu kemudian baru pasang bilah. Saya suka pasang bilah dahulu.

3.1 Buka screw pada badan kipas, dan pasangan bilah. Pastikan apabila screw diketatkan, washer ada disertakan bersama.


3.2 Contoh siap dipasang bilah.


4.0 Wiring.
4.1 Pasangkan wayar dengan betul pada sambungan rod dan badan kipas. Pastikan pemasangan adalah betul dan sila rujuk buku panduan jika anda tidak pasti. Tiga wayar utama ialah 'bumi (earth)', 'neutral' dan 'hidup(live)'. Agak sukar untuk saya bagitahu secara spesifik wayar apa mewakili warna apa, ini kerana terdapat perbezaan antara pengeluar, pembuat wiring rumah. Baca sini untuk lanjut.
4.2 Biasa saya akan cuba sendiri menggunakan 'test pen' untuk menentukan wire 'live'. Rujuk kepada manual dan orang yang lebih arif tentang elektrik adalah digalakkan.


5.0 Safety
5.1 Pasangkan tali keselamatan dan penutup alatan elektrik. 
Tips untuk pasang cover : jangan terlalu rapat dengan tapak atau bahasa mudahnya jangan ada sentuhan pada badan kipas. Jika tidak akan mengeluarkan bunyi bergesel apabila kipas di pasang.


6.0 Penggantungan kipas dan kemasan
6.1 Masukkan getah pada hook dan juga besi penyangkut. Terdapat beberapa jenis besi penyangkut berdasarkan pengeluar kipas.Gantungkan rod kipas pada besi penyangkut.
6.2 Seperti yang dinyatakan pada langkah 4.0, wiring adalah sedikit berbeza bergantung kepada pengeluar dan pembuat wiring rumah. Dapatkan tunjuk ajar dari yang arif jika tidak pasti.
6.3 Selepas selesai membuat sambungan elektrik, pasangkan tali keselamatan dan juga penutup bahagian atas.


7.0. Selesai

Tugas anda untuk memasang kipas sudah selesai. 
►Bagi yang menggunakan kipas tanpa remote control (auto), kerja anda sudah selesai dan sudah boleh mula menggunakan kipas anda.
►Jika, bagi yang sebelum ini menggunakan kipas manual, tetapi hanya kipas sahaja yang rosak, juga boleh terus menggunakan kipas ini. Tidak perlu untuk menukar regulator(pelaras kelajuan) walaupun requlator dari brand lain.
► Jika, ini kali pertama anda memasang kipas manual untuk rumah anda, atau requlator kipas anda rosak, nantikan tutorial akan datang untuk bagaimana cara memasang regular / pelaras kelajuan kipas.


p/s: Rasa tutorial ini berguna dan membantu.? 
Share kepada rakan² juga..:)

0 comments:

Post a Comment